Rabu, 4 Julai 2012

PEPERIKSAAN SIJIL KKQ 2012


PEPERIKSAAN SIJIL KKQ
(KEMAHIRAN MEMBACA & MENGHAFAZ AL-QURAN)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2012

Pada tahun ini (2012), seramai 36 pelajar tingkatan tiga dan 14 orang pelajar tingkatan lima dari SMKBTP telah selamat menduduki peperiksaan KKQ.
Hari ini dalam sejarah, pertama kali SMKBTP mempunyai calon pelajar tingkatan lima.  Walaupun sekolah ini tidak mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk tingkatan empat dan lima, namun pelajar-pelajar tersebut bersemangat meneruskan perjuangan menuntut ilmu KKQ sehingga ke tingkatan lima.
Peperiksaan diadakan di bilik 4S1 untuk kelas tingkatan tiga dan di bilik 5S1 untuk pelajar tingkatan lima.  Semua pengurusan peperiksaan berjalan lancar.  Sehari sebelum peperiksaan, semua pelajar terbabit membantu guru menyusun meja dan menampal slip meja dibantu oleh setiausaha peperiksaan PMR Pn. Fauziah. 
Tanggal 26 Jun 2012, jam 9.00 pagi semua calon peperiksaan telah menduduki peperiksaan tersebut.  Peperiksaan tersebut serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia. SMKBTP telah didatangi oleh pemantau dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), En. Mohd Yazari bin Subari tepat jam 8.50 pagi.  Hasil pemantauan amat memuaskan dan mendapat ucapan syabas daripada beliau kerana berjaya meneruskan kelas ini hingga ke tingkatan lima.  Beliau turut mencadangkan agar SMKBTP meneruskan KAA tingkatan empat pada tahun hadapan. 
Semoga semua calon yang menduduki peperiksaan KKQ pada tahun 2012 ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan serta rahmat Allah s.w.t .

FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 5




 FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 3





Tiada ulasan:

Catat Ulasan