Rabu, 12 Oktober 2011

Pertandingan Nasyid Kelab KKQ

Pertandingan Nasyid Kelab KKQ sempena Bulan Bahasa
 
Pada 14/4/2011 telah diadakan pertandingan nasyid anjuran Kelab KKQ sempena bulan bahasa.  Pertandingan mendapat sambutan yang menggalakkan.  Sepuluh kumpulan bertanding untuk merebut hadiah.  Syarat pertandingan ialah :
i)              Lagu nasyid mestilah mempunyai lirik bahasa Arab
ii)             Peserta mestilah terdiri daripada pelajar ting 1-3 dalam setiap kumpulan.
iii)            Satu jantina dalam setiap kumpulan.
Pertandingan diadili oleh Ustazah Hafsah Badzis, Ustazah Marhida dan Ustazah Raba’ah.  Semua peserta yang mengambil bahagian mendapat sijil penyertaan dan penyertaan mereka akan dinilai untuk markah koko.  




PENANDAAN KERTAS PEPERIKSAAN KKQ


PENANDAAN KERTAS PEPERIKSAAN KKQ TING 3 & 5 BERPUSAT 
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2011


Pada 7-10 September 2011, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menjalankan pemeriksaan kertas Peperiksaan KKQ secara berpusat.  Beberapa orang  guru KKQ seluruh negeri Selangor terlibat sebagai pemeriksa. 
            Keseluruhan sekolah menghantar skrip jawapan beserta markah ujian syafawi menepati kehendak penilaian.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekolah yang didapati tidak mengikut format dan kehendak bahagian pemeriksaan.  Oleh itu, kecacatan dan kekurangan tersebut agak melambatkan sedikit proses penandaan dan pengumpulan data. 
            Walau bagaimanapun, penandaan beserta pengumpulan data markah semua sekolah yang mengambil peperiksaan KKQ 2011 sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan pada Jumaat 10 September 2011.  Kepada semua pemeriksa, tahniah atas kesepakatan dan kerjasama yang diberikan.  Terima kasih Ustazah Zawiyah serta seluruh sektor Pendidikan Islam JPS.

 Foto pemeriksa Kertas Peperiksaan KKQ 2011 bersama Ustazah Zawiyah (JPS)

Isnin, 25 Julai 2011

KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN KAA 2011, SMK BANDAR TASIK PUTERI


LAPORAN KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN KAA 2011
SMK BANDAR TASIK PUTERI




Pada 17 hingga 19 Jun 2011, SMK Bandar Tasik Puteri telah mengadakan Kem Motivasi dan Kecemerlangan kepada pelajar kelas aliran agama (KAA).  Kem ini diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan tiga KAA dan terbuka kepada pelajar tingkatan dua dan satu.  Dr. Camp Site, Hulu Langat, Selangor ialah tempat perkhemahan yang dipilih oleh pihak sekolah.  Kem ini merupakan anjuran panitia bahasa Arab, KKQ dan Pendidikan Islam yang bertujuan membantu pelajar memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab dan meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan.

Para pelajar telah berkumpul di sekolah pada hari Jumaat, jam 9.00 pagi di surau.  Penyertaan amat menggalakkan iaitu seramai 82 orang.  Tepat jam 11.45 semua peserta kem beserta lima orang guru pengiring bertolak dari sekolah ke tempat tujuan dengan dua buah bas yang disewa khas.  Wajah semua peserta yang terlibat sangat teruja untuk ke sana.  

 Peserta berjalan kaki merentas hutan sebelum sampai
di Kem Dr Campsite, Hulu Langat

 
 begitu jua jambatan gantung ...

Perjalanan mengambil masa satu setengah jam dan bas selamat sampai tepat jam 1.30 tengahari.  Semua pelajar perempuan bergerak terus ke tempat perkhemahan yang memerlukan mereka berjalan kaki sejauh lima kilometer masuk ke tempat tersebut.   Pelajar lelaki pula terlebih dahulu menunaikan solat Jumaat di Masjid Kelubi yang berhampiran dengan tempat bas berhenti.

Apabila sampai di Dr. Camp Site, pelajar menikmati hidangan makan tengah hari dan selesai makan mereka ditempatkan di asrama penginapan yang telah disediakan.  Justeru, mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan khemah untuk menginap.  Asrama tersebut menempatkan 40 orang pelajar perempuan dan 42 orang pelajar lelaki dalam blok yang berasingan. Kemeriahan hari perkhemahan agak terasa kerana terdapat empat buah sekolah lain yang turut sama menggunakan lokasi ini sebagai tempat kem kepimpinan dan sahsiah.  

           Program perkhemahan dimulakan dengan taklimat oleh guru pengiring dan pelantikan Penghulu dan Penghuluwati beserta biro-biro khas seperti biro disiplin, keselamatan, bilal, kebajikan dan kebersihan.  Sistem pelantikan adalah secara demokrasi.  Pelajar tingkatan tiga telah dilantik sebagai ketua dan pelajar tingkatan satu dan dua sebagai penolong.  Selesai pelantikan dan solat asar, program diserahkan kepada pengendalian slot bahasa Arab yang disampaikan oleh penceramah khas dari UIA dengan pengawasan lapan orang fasilitator. 


Peserta sedang tekun mendengar taklimat kem diberi oleh Jurulatih



 
Sesi LDK Bahasa Arab sangat menarik perhatian para peserta Kem


 Slot bahasa Arab banyak memberi input kepada pelajar.  Di sini mereka diberi masa untuk menghafal kalimah Arab dan menggunakan kalimah tersebut untuk membina ayat.  Antara kaedah atau modul yang digunakan dalam pengajaran bahasa Arab ini selain menghafal kalimah ialah :

i)             Menghafal lagu Arab untuk meningkatkan penguasaan kalimah Arab.
ii)            Menghafal kalimah Arab berdasarkan modul/lembaran nota.
iii)           Membina ayat berdasarkan kalimah yang dihafal secara berpasangan.
iv)           Membina ayat berdasarkan kalimah baru dan kalimah yang telah dihafal.

Aktiviti bahasa Arab ini pada slot waktu malam berakhir jam 11.00 malam dan pelajar dibenarkan tidur pada jam 11.30 malam.

Hari kedua perkhemahan bermula dengan slot bahasa Arab yang masih menggunakan kaedah atau modul seperti hari pertama.  Slot pagi berakhir jam 12.30 tengah hari.  Selepas makan dan solat zohor, peserta dikumpulkan semula pada jam 3.00 petang untuk aktiviti jungle tracking dan aktiviti lasak.  Aktiviti ini dikendalikan oleh kem Wirajaya Excelence sendiri.  Pelajar dibawa masuk menyulusuri hutan dan melalui halangan-halangan yang ringan dan agak mencabar.  Apabila sampai di tempat halangan, semangat kerjasama antara peserta sangat diperlukan bagi memudahkan laluan.  Perjalanan di dalam hutan ini mengambil masa setengah jam.  Tepat 3.30 petang semua peserta kembali ke tapak Dr. Camp Site.  Di sini peserta kem didedahkan dengan laluan berhalangan seperti memanjat tembok dan turun menggunakan tali, meredah lumpur dalam keadaan badan merangkak dan melompat lopak/ lubang tayar.  Semua aktiviti ini menguji keberanian dan kecekalan para pelajar.  Semua peserta dapat melepasi halangan dengan selamat walaupun pada awalnya ada pelajar perempuan yang agak gementar ketika melihat aksi halangan tersebut.  


 Salah seorang peserta menuruni halangan dalam sesi aktiviti lasak


 Mencabar tapi seronok.... dah lama tak merasa mandi lumpur nie...


 Semua peserta Kem ini melalui cabaran ini...


 Setelah puas berlumpur... puaskan diri dengan mandi manda di aliran sungai berdekatan...


 
Rehat seketika menanti aktiviti seterusnya....memang best....

Selepas selesai aktiviti lasak, baju yang dipenuhi lumpur memberi peluang kepada pelajar untuk bermandi-manda di sungai berhampiran.  Tercapai juga hajat peserta-peserta yang ingin menikmati kejernihan dan kesejukan air sungai berhampiran dengan tempat penginapan mereka.  Aktiviti malam bermula selepas solat isyak iaitu menghafal perkataan-perkataan baru.  Tepat jam 11.00 malam pelajar ditontonkan dengan video motivasi selama satu jam dan mereka dibenarkan tidur jam 12.00 malam.


Aktiviti Qiammulail..

Pagi Ahad 19 Jun, semua peserta dikejutkan jam 5.00 pagi untuk program qiyamullail.  Walau bagaimanapun, pelajar lelaki ramai yang terlewat bangun berkemungkinan letih dengan aktiviti lasak pada sebelah siang.  Selesai solat subuh, pelajar dikehendaki menghafal perkataan bergambar.  Setelah menikmati sarapan pagi selepas

Terima kasih dari saya dan fasi yang lain....
Hingga bertemu lagi....