AKTIVITI KKQ

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH 2012
Pada tahun ini (2012), SMKBTP telah menghantar penyertaan untuk Majlis Ihtifal di SAM Hulu Langat. Antara acara yang dipertandingkan ialah Qiraat bertarannum, hafazan (al-Baqarah), Kuiz ilmu wahyu, hiwar, kuiz bahasa Arab, dan kalimah sobah.  Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu menengah rendah dan atas. SMKBTP telah menghantar semua wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Persaingan dalam pertandingan amat sengit kerana dua zon dipertemukan iaitu Gombak dan Hulu Langat.  Penyertaan dari SMA, SBP dan sekolah Bestari turut menjadikan pentas pertandingan banyak dikuasai oleh sekolah-sekolah tersebut. 

Alhamdulillah, SMKBTP berjaya juga menyelit di sebalik pemenang-pemenang yang lain dalam acara Kuiz Ilmu Wahyu Men. Atas. Pelajar dan guru pembimbing teruja dan terkejut atas kemenagan tersebut kerana di sekolah ini tidak ada mata pelajaran Syariah dan Quran Sunnah.  Peserta hanya membaca dan  berbincang tentang isi kandungan dalam buku teks tersebut sebagai bekalan untuk ke pertandingan. Mendapat tempat ketiga sudah cukup untuk memberi peluang kepada pelajar memasuki peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 21 Jun 2012 di SAM Muhammadiah, Sabak Bernam.

PENYAMPAIAN HADIAH DI IHTIFAL ZON (GOMBAK & HULU LANGAT)







 KUIZ ILMU WAHYU MAJLIS IHTIFAL NEGERI 2012 

KEPUTUSAN: NO. 10 DARI 12 SEKOLAH 
(SATU-SATUNYA SMK YANG BERTANDING DALAM 12 BUAH SEKOLAH TERSEBUT)


PESERTA CERIA SEBELUM MENGHADAPI SARINGAN 1

LAGI DUA CALON KUIZ SMKBTP

UJIAN SARINGAN 1 BERMULA

TEKUN MENJAWAB SOALAN

SUASANA DALAM PERPUSTAKAAN YANG TENANG


12 BUAH SEKOLAH SEDANG DIUJI DALAM SARINGAN

HAKIM MENGAWASI UJIAN SARINGAN


 PENYAMPAIAN HADIAH DI PERINGKAT SEKOLAH

PN PENGETUA MENYAMPAIKAN HADIAH  DALAM PERHIMPUNAN RASMI

SAUDARA IQBAL MENERIMA HADIAH DARIPADA PENGETUA

SAUDARI IAN MENERIMA HADIAH DARIPADA PENGETUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan