Ahad, 30 Mei 2010

SEBAB QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG MASA


SEBAB QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG MASA



السلام عليكم

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله

الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله

اما بعد


Sebelum menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelar AL-AMIN, yang ertinya terpercaya, tiada pernah berdusta atau berbohong.

Rasulullah Muhammad SAW pun banyak mempunyai mukjizat nyata dengan izin ALLAH, iaitu:

Memahami bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman

Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa

Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim

Anak yang meninggal bangkit hidup kembali...

Menyembuhkan orang buta

Menyembuhkan orang lumpuh

Menyembuhkan orang cacat sejak lahir

Mengetahui isi hati

Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan

Memberi minum beribu orang dengan sikit air

Mengeluarkan air ditengah padang gurun

Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang

Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki

Membelah bulan menjadi 2 bahagian

Dan ini telah dibuktikan oleh para astronomi yg menghabiskan dana ratusan juta dollar

Mengetahui apa yang telah terjadi

Mengetahui apa yang sedang terjadi

Mengetahui apa yang akan terjadi

Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan

Musuh bergetar tak mampu membunuh

Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau

Musuh tak dapat melihat beliau

Tidak dapat dibunuh musuh


Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat menyeberang laut dengan berkuda saat mengejar musuh Yang lari dengan kapal layar

Terkadang ada muslim yg tak percaya mukjizat ini kerana ia blum pernah membaca hadist shahih bukhari & Shahih Muslim ataupun Shahih Achmad (yang lengkap bukan ringkasan hadith).

Untuk sekedar reference, sila tengok website :

http://id.wikipedia.org/wiki/Mukjizat_Muhammad


Ada orang cakap jika website tak boleh digunakan sebagai reference untuk sebuah karya tulis ilmiah, itu ialah benar, tapi macam mana sy nak bagi tunjuk kitab Hadist original setebal itu dan tidak 7-8 Seri tapi lebih sedangkan kita diseberang samudera dan pulau-pulau?

Tentu cara yang mudah ialah dapat layari website address sebagai reference, jika nak yakin, maka kena tengok kitab hadith yang lengkap dan bukan hanya ringkasan.

Padahal mukjizat dalam website di atas cuma sikit sahaja dari Hadith Shahih Bukhari dan Shahih Muslim yang sebenar. Jumlahnya ramai menjumpai sekitar lebih dari 300 kisah mukjizat lainnya...

Tapi...

Semua itu telah beralu...

Semua itu tinggal cerita sahaja...

Semua itu hanya dapat kita dengar saja..

Semua itu tidak dapat kita lihat sendiri...


Akan tetapi...Qur'an...

Sebuah buku yang banyak mengandung banyak keajaiban ayat yang baru dapat dibuktikan secara nyata oleh ilmu pengetahuan dan bahkan alat modern tercanggih abad terakhir, telah dinyatakan Qur'an 1400 Tahun yang lalu...

Qur'an...

Ialah mukjizat sepanjang masa...

Di masa sastra,diakui bahwa Qur'an ialah sastra terindah..

Keindahan bahasa & hikmah didalamnya sangat tajam..

Di masa keajaiban, Qur'an ialah keajaiban dari keajaiban...

Dari segi matematika, Qur'an ialah keajaiban matematika

Di masa perang dunia II, Qur'an telah menulis formula nuklear

Di masa Ilmu pengetahuan, tidak satupun dari ayat Qur'an yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan, malah ayat Qur'an menyatakannya secara terperinci...

BAHKAN, MASIH BANYAK AYAT QUR'AN YANG BELUM DAPAT DI BUKTIKAN OLEH PENEMUAN TEKNOLOGI MODEN.

Semua ini masih dapat kita lihat di hadapan kita sendiri...

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (QS. 4 An-Nisaa':82)

Itulah sebabnya ramai muslim tak tahu mukjizat nyata menyembuhkan orang lumpuh dan lainnya dari Rasulullah Muhammad SAW kerana ramai kita tak baca hadith secara lengkap. Dan lagi, itulah mengapa Qur'an disebut sebagai mukjizat terbesar dari Rasulullah Muhammad SAW & Mukjizat sepanjang masa. Sebuah buku yang diwahyukan kepada Rasul di zaman kuno tanpa teknologi yang tidak dapat membaca, ditujukan pada umat yang boleh membaca dan selalu membaca serta para pelajar di akhir zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi.

Qs. 17 Israa':81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Jumaat, 28 Mei 2010

Berhati-hati Dengan SOLAT Mu


Berhati-hati Dengan SOLAT...
Berhati-hatilah dengan SOLAT“Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?” “Sudah, Alhamdulillah. Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?” “Ya.”....Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?” “Tidak..” .

“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?” “Tidak..” “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.” “….”
.“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?” “Tidak..” .

“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?” “Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.” “….” .“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?” “Ya.” .“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?” “Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.” “…” .“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?” “Tidak..” .

“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?” “Tidak..” .

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.
Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman: ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5) “Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
                                                                                                   Sumber : Anis 2002

Rabu, 26 Mei 2010

Kelas Kemahiran Al Quran


Kelas Kemahiran al-Quran

Pengenalan


Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.

Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.


JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

STATUS

Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.


OBJEKTIF

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat :-
1. Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

2. Memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.


3. Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.
4. Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.


KANDUNGAN KURIKULUM

Tingkatan Satu hingga Tiga
1. Tajwid
2. Hafazan
3. Ulum Al-Quran
4. Qiraat Sabie
5. Tarannum

Tingkatan 4 dan 5 :

1. Tajwid
2. Hafazan
3. Qiraat Sabie
4. Tarannum

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

1. Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

2. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

4. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

5. Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.

JADUAL WAKTU
Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP)

STATUS MURID

1. Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara undividu dan latih tubi.
2. Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.

STATUS DAN PERANAN GURU AL-QURAN

Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah :

1. Melaksanakan kelas KKQ.
2. Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajarn lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.
3. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.
4. Membimbing murid-murid membaca AL-Quran
5. Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.
6. Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.
7. Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.
8. Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Isnin, 24 Mei 2010

Petua Pelajar Cemerlang


35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah



Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:



  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    Kita ingat 10 % apayang dibaca
    Kita ingat 20% apa yang didengar
    Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    Kita ingat 90% setelah dipraktikkan


  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.


  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


  5. Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang
    Kurangkan gangguan bunyi
    Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    Kerusi dan meja menghadap kiblat
    Jangan lupa untuk senyum

  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.


  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.


  8. Tahu teknik merangsang memori:
    Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    Mengingat kembali (recall)
    Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang Positif pada guru.
    Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.


  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    Memberikan tumpuan sepanuhnya
    Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).


  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.


  22. Tahu petua mengulang kaji
    Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    Duduk tegak dikerusi yang selesa
    Baca doa penerang hati
    Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    Fikir dan ingat kembali isi utama
    Catat/lakar
    Semak semula ketepatan maklumat
    Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    Buat rumusan
    Jawab soalan
    Tampal maklumat yang rumit di dinding
    Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    Jangan makan kepala ikan
    Jangan makan organ dalaman
    Jangan minum semasa makan
    Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    Jangan melihat kemaluan
    Jangan melihat buih
    Jangan membaca nama pada batu nisan
    Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    Banyakkan makan kekacang
    Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    Jangan makan sehingga terlalu kenyang
    Jangan kencing berdiri

  25. Tahu kemahiran mengingat:
    Tampal nota-nota penting di dinding
    Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    Gunakan kaedah akronim
    Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    Mempunyai jadual belajar
    Patuh kepada jadual
    Buat jadual yang boleh diikuti

  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.


  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.


  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.


  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).


  32. Pelbagaikan tempat belajar.


  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham


  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.


  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    Taat kepada Allah
    Mendirikan sembahyang
    Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    Hormati & sayangi guru
    Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    Membantu rakan yang memerlukan
    Berdoa dan bersyukur kepada Allah
    Sentiasa bertawakal
    Mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)




...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

Khamis, 20 Mei 2010

Etika Membaca Al Quran



Imam an-Nawawi rahimahullahu’anhu menjelaskan tentang etika yang dituntut ketika membaca al-Quran dan hukum-hukumnya di dalam kitabnya yang berjudul at-Tibyan. Sedangkan di sini dicantumkan perkara-perkara yang penting sahaja iaitu seperti berikut:


1. Bersikap ikhlas dalam membaca al-Quran dan mengadakan munajat (mendekatkan diri dengan cara berdoa) kepada Allah.


2.Membersihkan mulutnya atau menggosok gigi dengan kayu siwak atau yang sejenis dengannya.


3.Ketika membaca, hendaklah berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar. Dibolehkan seseorang membaca al-Quran walaupun berada dalam keadaan berhadas kecil adalah disertai dengan syarat untuk berhati-hati agar tidak menyentuh mushaf . Dibolehkan bagi wanita yang sedang istihadhah pada ketika tertentu dengan ingatan bahawa dia sedang dalam keadaan bersih bersuci.


4. Diharamkan bagi sesiapa yang sedang dalam keadaan berjunub dan bagi wanita yang sedang mengalami haid untuk membaca al-Quran baik seluruhnya atau sebahagian ayatnya kecuali jika bahagian dari ayat tersebut merupakan zikir-zikir yang ditentukan di waktu pagi atau petang atau zikir-zikir mutlak yang mengandungi sebahagian ayat al-Quran. Akan tetapi, dibenarkan mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka untuk memandang mushaf tanpa menyentuhnya secara langsung.


5. Apabila seseorang yang sedang berjunub atau wanita yang sedang di dalam haid hendak bersuci akan tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah mereka bertayamum dan dibolehkan baginya untuk melaksanakan solat, membaca al-Quran dan ibadat yang lainnya selagi belum berhadas atau menemui air.


6. Disarankan supaya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan disarankan membacanya di masjid. Ini kerana masjid merupakan tempat yang bersih dan mulia kedudukannya sebagai tempat ibadat. Ini adalah disebabkan kemungkinan dengan duduk di dalamnya, dia dapat melakukan iktikaf selanjutnya. Sudah semestinya hanya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.


7. Bagi para pembaca al-Quran disarankan ketika membacanya hendaklah mengadap kiblat, duduk dengan khusyuk tenang dan merendahkan kedudukan kepala. Akan tetapi dibolehkan juga membacanya sambil meniarap atau berbaring atau berada dalam kedudukan lain dan masih mendapat pahala. Namun begitu, pahala itu tidaklah sama dengan kedudukan yang pertama tadi.


8. Jika hendak memuliakan lagi, maka ketika membaca al-Quran disarankan agar dimulakan dengan beristiadza terlebih dahulu Ini merupakan pendapat majoriti para alim ulama. Sewajarnya juga membaca bismillah pada setiap bacaan pertama dari setiap surah kecuali surah at-Taubah.


9.Apabila hendak mula membaca al-Quran maka hendaklah terlebih dahulu menumpukan keinginannya untuk khusyuk dalam membaca dan untuk merenungkan kandungannya dan makna di dalamnya.


10. Sewajarnya seseorang yang hendak membaca al-Quran dapat merasakan perasaan takut kepada Allah sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti “Sesungguhnya manusia yang paling baik suaranya ketika membaca al-Quran, adalah jika kamu mendengarnya membaca, kamu menyangka bahawa dia takut kepada Allah.” (Ibn Majah,hadith ke 1339,juz 1, hal 425; dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1101, juz 1, hal 2254). Caranya adalah dengan memperhatikan kandungan al-Quran, baik amarannya, perjanjian dan persetujuannya. Jika kesedihan dan tangisan belum dapat dirasakan, maka tangisilah ke atas kekerasan hatinya kerana perkara itu merupakan bencana yang paling besar.


11. Orang yang hendak membaca al-Quran itu hendaklah melafazkan bacaannya dengan tartil (perlahan-lahan). Ini kerana para ulama telah bersepakat atas saranan untuk membaca dengan tartil berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala yang berikut ini yang bermaksud:“Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (tartil)”(Surah al-Muzammil:4)Bacaan yang dilakukan dengan tartil itu sangat mengagumkan (sedap didengar) dan pengaruhnya pada hati lebih mendalam daripada membacanya secara cepat atau terburu-terburu.


12. Disarankan juga ketika membaca, apabila mendapati ayat yang mengandungi ungkapan rahmat maka hendaklah meminta kurnia. Jika mendapati ayat yang mengandungi akan seksanya, maka dia hendaklah meminta perlindungan daripada keburukan di dunia dan seksa akhirat. Apabila mendapat bacaan ayat yang mensucikan Allah Subhanahuwataala maka hendaklah dia mensucikanNya dengan berkata Maha Suci Allah atau betapa besar keagungannya atau lafaz lain yang semakna dengannya.


13. Hendaklah dia memuliakan dan membesarkan (kedudukan) al-Quran dengan tidak bermain-main ketika membacanya baik dengan tertawa, membuat pergaduhan, bertengkar atau bersenda gurau. Hal ini berdasarkan pada firman Allah Subhanahuwataala berikut ini yang bermaksud:”Dan apabila dibacakan (kepadamu) al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kami mendapat rahmat.’(surah al-A’raf:204)


14. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain menggunakan bahasa al-Quran, baik bahasa yang digunakan itu baik atau tidak baik pada ketika menunaikan solat atau di luar solat.


15. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan. Apabila seseorang membaca al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir, maka hendaknya dia menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak berpindah kepada ayat yang lain.


16.Hendaklah membaca menurut susunan mushaf, baik di dalam solat ataupun di luar solat. Ini kerana ketertibannya itu mendatangkan hikmah yang besar.


17. Membaca al-Quran secara langsung dari mushafnya adalah lebih baik daripada membaca dengan hafalan tanpa mushaf kecuali ketika menunaikan solat. Ini adalah kerana, melihat mushaf al-Quran itu sendiri merupakan ibadat yang disyaratkan. Oleh sebab itu, adalah sebaiknya seseorang yang membaca al-Quran menyatukan antara membaca dan melihat mushafnya secara bersama-sama kecuali jika membaca dengan hafalan membuatkan dirinya lebih khusyuk.


18. Disarankan untuk membuat halaqah (secara berkumpulan) dalam membaca dari tadarus al-Quran. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti:”Berkumpulnya suatu kami di dalam rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling bertadarus (belajar) antara mereka dengan ketenangan akan turun atas mereka, dinaungi rahmatNya, para malaikat mengelilingi (menghormati) mereka dan Allah menyebutkan mereka sebagai orang-orang yang berkedudukan mulia di sisiNya”.(Abu Dawud, hadith ke 1455, juz 2, hal 1148; Imam Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Sunan Abu Dawud, hadith ke 1291, juz 1 hal 272.)


19. Disarankan untuk menguatkan suara (dengan jelas) ketika membaca al-Quran; jika dia tidak takut mengganggu orang lain ataupun merasa riak.Ini kerana membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara yang jelas dapat membangkitkan semangat dalam hati, menyatukan keinginan dan menukarkan pendengaran menjadi renungan pada bacaannya.


20.Sebagaimana ditegaskan dalam sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berikut ini yang bererti:”Allah Subhanahuwataala tidak memperkenankan melalui lisan Nabi-Nabinya, suara yang sedap ketika membaca al-Quran, jika perkara itu akan dapat mengacaubilaukan makna yang terkandung dalamnya ( bagi yang mendengarkan).”(Imam Bukhari dan ditaklik dalam kitab Fathul Bari, juz 13, hal 572, Abu Dawud, hadith ke 1486, juzuk 2 hal 155; Imam Nasai, hadith ke 1342. Imam al-Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1103 dan kitab Sahih al-Jami’ hadith ke 3580.


21. Disarankan agar meminta untuk membaca dengan indah, bagi yang sedap suaranya untuk didengar. Hal ini merupakan sunnah Nabi Sallallahu’alahiwasallam sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas radhiyallahu’anhu ” Ibn Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata, bahawa Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berkata kepadaku: Bacalah untukku al-Quran ini. Aku menjawab: Bagaimana aku akan membacakan untukmu tentang sesuatu (al-Quran) yang diturunkan kepadamu? Maka beliau berkata: Sungguh aku amat ingin mendengarnya dari selain daripada diriku. Lalu aku (ibn Mas’ud) membaca Surah an-Nisa’ ayat 41 hingga pada ayat yang berbunyi: Maka bagaimanakah halnya orang kafir nanti, apabila Kami mendatangkan seseorang sebagai saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Kemudian beliau berkata kepadaku: Berhenti atau sebentar! Seketika aku menyaksikan dari kedua mata beliau bercucuran air mata.” (Imam Bukhari hadith ke 5055 sebagaimana disebutkan dalam kitab Fathul Bari, juz 8, hal 717; Imam Muslim, hadith ke 800, juz 1, hal 551)


22. Kebanyakan alim ulama menyarankan agar segala majlis ilmu (majlis ta’lim) dimulai pembukaannya dengan bacaan al-Quran, yang dibawakan oleh seorang pembaca yang bersuara merdu.


23. Adalah makruh untuk membacanya (al-Quran) pada tempat dan kedudukan-kedudukan tertentu seperti pada masa rukuk dan sujud ketika membaca tahiyat dan yang lainnya dari gerakan-gerakan solat kecuali ketika berdiri. Makruh juga membaca lebih dari surah al-Fatihah bagi makmum atau jika ia membacanya pada ketika mendengar Imam membacanya . Makruh juga membacanya ketika mengantuk dan mengikut membacanya pada ketika mendengar khutbah.


24. Tidak disarankan bagi para pembaca untuk memulai dan mengakhiri bacaan al-Quran menurut tanda-tanda ¼, 1/10 dan tanda zuj jika maknanya (ketika berhenti) belum sempurna atau jika ia terikat dengan bacaan berikutnya.


25. Tidak disarankan untuk membaca surah tertentu pada kesempatan-kesempatan (peristiwa) tertentu tanpa adanya dalil yang sahih.


26. Jika ia mendengar seseorang mengucapkan salam, sedangkan ia sedang membaca al-Quran, maka seharusnya ia berhenti sejenak dari bacaannya kemudia menjawab salamnya. Seandainya ada orang lain yang bersin dan ia sedang membaca al-Quran bukan ketika mengerjakan solat, kemudia orang yang bersin tadi mengucapkan kata Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), maka disarankan bagi yang membaca al-Quran berhenti sejenak dan mendoakannya dengan membaca rahimakallah (semoga Allah menyayangimu). Seandainya pembaca al-Quran mendengarkan suara azan, maka sewajarnya dia menghentikan bacaannya dan menjawab panggilan muadzin.


27. Apabila sedang membaca dan mendapat ayat sajdah tilawah maka hendaknya pada ketika itu ia melakukan sujud tilawah.Dipetik daripada buku ”Kekasih Allah yang sejati” hasil terjemahan tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dengan penambahan dan pengurangan.

Selasa, 18 Mei 2010

Renungkanlah...


Sudah Bersediakah Anda
Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
Walaupun orang yang hadir itu merintih….
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….

Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?


Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
Usunglah dirimu ke tikar Solat….
Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid….
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada….
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,….
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….memanggilmu buat kali yang terakhirnya!


Ingatlah kamu dahulu hanya….setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….

Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna….
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!”
Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan”

Isu 100 Hari Sebelum Hari Mati...


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.


Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, merekayang terpilih ini akan merasakan seakan-akan = bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijaksama-sama kita fikirkanlah.

Malu Separuh Iman



MALU SEPARUH IMAN

MALU ITU SEPARUH IMAN.... Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.
Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa. Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin... ya Rabbal Alamin.

Al Quran Sebagai Pembela Di Akhirat




AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Isnin, 17 Mei 2010


SIFAT-SIFAT MAZMUMAH (TERCELA)

Menurut Imam al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah seperti berikut:

1. GEMAR MAKAN DAN MINUM
Maksud hadis: “yang terlebih afdhal kepada Allah ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti). Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”. Orang yang selalu kekenyangan akibat banyak makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan istirehat.


2. BANYAK BERKATA YANG SIA-SIA
Ia adalah bencana lisan seperti mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar. Firman Allah: (Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh manusia memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia. Surah al-Nisa’:114). Sabda Nabi Muhammad saw: sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja”


3. MARAH
Punca marah: kurang sabar. Didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. Rasulullah selalu sarankan orang yang pemarah berwuduk supaya reda kemarahannya. Walau bagaimanapun, ada keadaan tertentu kita perlu marah cth: perkara maksiat dalam masyarakat.


4. HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Lahir daripada sifat kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu megharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Sabda Rasulullah saw: “Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu”. Cara elak sifat ini ialah dengan banyak sifat tawaduk (rendah diri), ucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat untuk semua saudara Islam. Mudah-mudahan kita juga mendapat nikmat yang serupa kelak.

5. KASIH PADA HARTA
Kemewahan yang membawa sifat bakhil, tamak, haloba dan membazir yang dibenci Allah. Firman Allah: (Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi. Al-Munafiqun: 9). Islam suka umatnya berharta tetapi jangan sayang harta untuk dilaburkan pada jalan Allah. Contohi sikap Saidina Abu Bakar. Apabila bersedekah jangan pula hendak menunjuk-nunjuk.

6. TAKBUR
Sifat menyombong diri selalunya dipengaruhi oleh nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. Cara hindari, amalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan memperbanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal. Awasi percakapan kita agar tidak timbul sifat bangga diri walaupun pada hakikat kita tidak mahu menunjukkan sifat meninggi diri. Cth: menceritakan baju yang dipakai harga beratus ringgit di depan orang ramai walaupun hanya suka-suka bercakap.

7. Riak
Sifat untuk menarik perhatian /pandangan orang dengan menampakkan amalan baik bertujuan semata-mata iginkan pangkat, pujian, atau kedudukan. Sifat riak yang nyata: menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riak yang tersembunyi ialah berat hati untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan rajin apabila ada orang lain. Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang. Perkara yang boleh membawa riak antaranya: mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan.

8. UJUB
Berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Sifat ini boleh dihindari dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini. Sentiasa menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat tercela ini.

9. KASIH AKAN DUNIA
Hati yang terpaut kepada kehidupan an kesenangan duniawi akan menyebabkan sesorang itu takutkan mati. Hakikat dunia ini digambarkan oleh Allah swt: (Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak : surah al-Hadid:20). Sedarlah dunia ini tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat. Segala yang ada di muka bumi sebagai perhiasan, percubaan dan ujian kepada manusia untuk menilai baik atau buruk amalan seseorang.