Isnin, 24 Mei 2010

Petua Pelajar Cemerlang


35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah



Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:



  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    Kita ingat 10 % apayang dibaca
    Kita ingat 20% apa yang didengar
    Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    Kita ingat 90% setelah dipraktikkan


  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.


  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


  5. Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang
    Kurangkan gangguan bunyi
    Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    Kerusi dan meja menghadap kiblat
    Jangan lupa untuk senyum

  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.


  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.


  8. Tahu teknik merangsang memori:
    Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    Mengingat kembali (recall)
    Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang Positif pada guru.
    Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.


  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    Memberikan tumpuan sepanuhnya
    Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).


  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.


  22. Tahu petua mengulang kaji
    Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    Duduk tegak dikerusi yang selesa
    Baca doa penerang hati
    Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    Fikir dan ingat kembali isi utama
    Catat/lakar
    Semak semula ketepatan maklumat
    Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    Buat rumusan
    Jawab soalan
    Tampal maklumat yang rumit di dinding
    Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    Jangan makan kepala ikan
    Jangan makan organ dalaman
    Jangan minum semasa makan
    Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    Jangan melihat kemaluan
    Jangan melihat buih
    Jangan membaca nama pada batu nisan
    Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    Banyakkan makan kekacang
    Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    Jangan makan sehingga terlalu kenyang
    Jangan kencing berdiri

  25. Tahu kemahiran mengingat:
    Tampal nota-nota penting di dinding
    Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    Gunakan kaedah akronim
    Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    Mempunyai jadual belajar
    Patuh kepada jadual
    Buat jadual yang boleh diikuti

  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.


  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.


  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.


  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).


  32. Pelbagaikan tempat belajar.


  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham


  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.


  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    Taat kepada Allah
    Mendirikan sembahyang
    Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    Hormati & sayangi guru
    Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    Membantu rakan yang memerlukan
    Berdoa dan bersyukur kepada Allah
    Sentiasa bertawakal
    Mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)




...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan