Rabu, 4 Julai 2012

PEPERIKSAAN SIJIL KKQ 2012


PEPERIKSAAN SIJIL KKQ
(KEMAHIRAN MEMBACA & MENGHAFAZ AL-QURAN)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2012

Pada tahun ini (2012), seramai 36 pelajar tingkatan tiga dan 14 orang pelajar tingkatan lima dari SMKBTP telah selamat menduduki peperiksaan KKQ.
Hari ini dalam sejarah, pertama kali SMKBTP mempunyai calon pelajar tingkatan lima.  Walaupun sekolah ini tidak mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk tingkatan empat dan lima, namun pelajar-pelajar tersebut bersemangat meneruskan perjuangan menuntut ilmu KKQ sehingga ke tingkatan lima.
Peperiksaan diadakan di bilik 4S1 untuk kelas tingkatan tiga dan di bilik 5S1 untuk pelajar tingkatan lima.  Semua pengurusan peperiksaan berjalan lancar.  Sehari sebelum peperiksaan, semua pelajar terbabit membantu guru menyusun meja dan menampal slip meja dibantu oleh setiausaha peperiksaan PMR Pn. Fauziah. 
Tanggal 26 Jun 2012, jam 9.00 pagi semua calon peperiksaan telah menduduki peperiksaan tersebut.  Peperiksaan tersebut serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia. SMKBTP telah didatangi oleh pemantau dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), En. Mohd Yazari bin Subari tepat jam 8.50 pagi.  Hasil pemantauan amat memuaskan dan mendapat ucapan syabas daripada beliau kerana berjaya meneruskan kelas ini hingga ke tingkatan lima.  Beliau turut mencadangkan agar SMKBTP meneruskan KAA tingkatan empat pada tahun hadapan. 
Semoga semua calon yang menduduki peperiksaan KKQ pada tahun 2012 ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan serta rahmat Allah s.w.t .

FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 5




 FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 3





Rabu, 27 Jun 2012

VIDEO SEKITAR KURSUS TARANNUM & QIRAAT



VIDEO INI DAPAT MEMBANTU PELAJAR DAN GURU-GURU UNTUK MENDAPAT PANDUAN BACAAN YANG BETUL, INSYAALLAH...


LAPORAN
KURSUS TAHSIN TARANNUM DAN QIRAAT
PELAJAR KELAS KKQ
SMK BANDAR TASIK PUTERI 2012

1.      PENDAHULUAN
kursus Tahsin Tarannum dan Qiraat diaakan untuk memberi panduan kepada pelajar kaedah bacaan al-Quran secara bertarannum dan qiraat yang tepat terutama kepada pelajar KKQ menengah atas dan khususnya kepada pelajar tingkatan tiga dan lima yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
2.      OBJEKTIF
2.1          Memperbaiki  dan mencantikkan bacaan al-Quran.
2.2          Membaca dengan lafaz/sebutan yang betul mengikut imam Qiraat.
2.3          Memperbaiki kemahiran bacaan tarannum yang sedia ada.
2.4         Menanam minat  yang mendalam terhadap  bacaan al-Quran.

3.      SASARAN
Pelajar KKQ  tingkatan 3, 4 dan 5 (60 orang).

4.      TEMPAT
Bilik APD, SMK Bandar Tasik Puteri.

5.      TARIKH/HARI
16 JUN 2012/ Sabtu

6.      MASA
8.00 pagi – 5.00 petang

7.      PENUTUP
Kursus Tarannum dan qiraat al-Quran yang dianjurkan diharap dapat membimbing peserta dalam bacaan al-Quran.  Semoga bacaan al-Quran para  peserta kursus bertambah kesenian dan menepati sunnah bacaan Rasulullah s.a.w.







TAHSIN TARANNUM & QIRAAT
PELAJAR TING 3, 4 DAN 5
Hari  Sabtu ( 15/6/2011 )

            7.30 pagi                                : Pendaftaran
                                                            : Kehadiran Penceramah
  Ustazah Farah Ilyani bt Zakaria
  SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Jalan Maktab,  Sg.      Merab, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.   

8.30-10.30 pagi                    : Kursus Tarannum bermula.                                             
10.30   – 11.00                       : Rehat
11.00– 12.30 tgh                  : Bengkel
            12.30 tengahari                    :  Penyampaian saguhati penceramah
                                                           :  Makan tengahari

           1.20 tengahari                      : Solat zohor berjemaah
                                                          : Rehat

          2.30 – 5.00                            : Slot Qiraat oleh:-
  Ustaz Rosdi  bin Husain
                                                              SMK Pengkalan Permatang, 45000
                                                              Kuala Selangor, Selangor.

: Penyampaian cenderamata
                                                             : Bersurai



FOTO SEKITAR PROGRAM

Bersarapan sebelum berkursus


Ustazah Farah menyampaikan kursus Tarannum

Penjelasan Ustazah Farah yang jelas dan menarik






Pelajar memberi perhatian penuh


Penerangan tentang istilah tarannum
pelajar diberi peluang mengalunkan harakat tarannum
bersemangat ustazah Farah...
Penyampaian cenderamata selesai slot tarannum
Slot Qiraat bersama Ustaz Rosdi Husaian
Pelajar Bertalaqqi di depan guru yang muktabar
Ustaz Rosdi Mencari pelajar untuk membaca wajah qiraat
Penerangan yang jelas, menarik dan menyeronokkan
Sesi penyampaian cenderamata untuk penceramah selesai slot Qiraat





Ahad, 13 Mei 2012

Anugerah Permata Al Quran



Anugerah Tokoh Permata Al Quran SMK BTP kepada Ain Farhana Mohamad 
oleh YB Abdul Shukor Idrus.


ALHAMDULILLAH....


28 April 2012, bersamaan hari Sabtu, telah sempurna sesi penyampaian hadiah dan anugerah kepada Tokoh Permata al-Quran, SMK Bandar Tasik Puteri bagi tahun 2011.  Suasana majlis berlansung dengan lancar dengan kehadiran orang tersayang penerima anugerah iaitu Encik Muhamad berserta isterinya iaitu ibubapa Adik Ain Farhana Binti Muhamad iaitu pelajar Tingkatan 4S1. Majlis penyampaian anugerah Hari Anugerah Cemerlang SMKBTP tersebut telah disempurnakan oleh YB Abdul Shukor Idrus merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang. Tahniah! Dan syabas, dari Ustazah atas kejayaan cemerlang beliau.   

Diharapkan anugerah ini dapat menyuntik semangat dan mahabbah kepada pelajar untuk terus mendalami ilmu al-Quran.  Kepada semua pelajar KKQ teruskan usaha anda, pastikan anda cemerlang dalam pelajaran al-Quran dan akademik supaya anugerah ini menjadi milik anda...

Sama-sama kita tunggu, siapakah pelajar yang bakal dinobatkan sebagai TOKOH PERMATA AL QURAN 2012 ? Yang pastinya tahun 2012 akan menjadi milik pelajar Tingkatan 5 KKQ sekarang…







HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKBTP