PEPERIKSAAN
SIJIL KKQ
(KEMAHIRAN
MEMBACA & MENGHAFAZ AL-QURAN)
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
2012
Pada
tahun ini (2012), seramai 36 pelajar tingkatan tiga dan 14 orang pelajar
tingkatan lima dari SMKBTP telah selamat menduduki peperiksaan KKQ.
Hari
ini dalam sejarah, pertama kali SMKBTP mempunyai calon pelajar tingkatan
lima. Walaupun sekolah ini tidak
mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk tingkatan empat dan lima, namun
pelajar-pelajar tersebut bersemangat meneruskan perjuangan menuntut ilmu KKQ
sehingga ke tingkatan lima.
Peperiksaan
diadakan di bilik 4S1 untuk kelas tingkatan tiga dan di bilik 5S1 untuk pelajar
tingkatan lima. Semua pengurusan
peperiksaan berjalan lancar. Sehari
sebelum peperiksaan, semua pelajar terbabit membantu guru menyusun meja dan
menampal slip meja dibantu oleh setiausaha peperiksaan PMR Pn. Fauziah.
Tanggal
26 Jun 2012, jam 9.00 pagi semua calon peperiksaan telah menduduki peperiksaan
tersebut. Peperiksaan tersebut serentak
dilaksanakan di seluruh Malaysia. SMKBTP telah didatangi oleh pemantau dari
Jabatan Pelajaran Selangor (JPS), En. Mohd Yazari bin Subari tepat jam 8.50
pagi. Hasil pemantauan amat memuaskan
dan mendapat ucapan syabas daripada beliau kerana berjaya meneruskan kelas ini
hingga ke tingkatan lima. Beliau turut
mencadangkan agar SMKBTP meneruskan KAA tingkatan empat pada tahun
hadapan.
Semoga
semua calon yang menduduki peperiksaan KKQ pada tahun 2012 ini akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dan mendapat keberkatan serta rahmat Allah s.w.t .
FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 5
FOTO DI DEWAN PEPERIKSAAN TING 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan