Rabu, 27 Jun 2012



LAPORAN
KURSUS TAHSIN TARANNUM DAN QIRAAT
PELAJAR KELAS KKQ
SMK BANDAR TASIK PUTERI 2012

1.      PENDAHULUAN
kursus Tahsin Tarannum dan Qiraat diaakan untuk memberi panduan kepada pelajar kaedah bacaan al-Quran secara bertarannum dan qiraat yang tepat terutama kepada pelajar KKQ menengah atas dan khususnya kepada pelajar tingkatan tiga dan lima yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
2.      OBJEKTIF
2.1          Memperbaiki  dan mencantikkan bacaan al-Quran.
2.2          Membaca dengan lafaz/sebutan yang betul mengikut imam Qiraat.
2.3          Memperbaiki kemahiran bacaan tarannum yang sedia ada.
2.4         Menanam minat  yang mendalam terhadap  bacaan al-Quran.

3.      SASARAN
Pelajar KKQ  tingkatan 3, 4 dan 5 (60 orang).

4.      TEMPAT
Bilik APD, SMK Bandar Tasik Puteri.

5.      TARIKH/HARI
16 JUN 2012/ Sabtu

6.      MASA
8.00 pagi – 5.00 petang

7.      PENUTUP
Kursus Tarannum dan qiraat al-Quran yang dianjurkan diharap dapat membimbing peserta dalam bacaan al-Quran.  Semoga bacaan al-Quran para  peserta kursus bertambah kesenian dan menepati sunnah bacaan Rasulullah s.a.w.







TAHSIN TARANNUM & QIRAAT
PELAJAR TING 3, 4 DAN 5
Hari  Sabtu ( 15/6/2011 )

            7.30 pagi                                : Pendaftaran
                                                            : Kehadiran Penceramah
  Ustazah Farah Ilyani bt Zakaria
  SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Jalan Maktab,  Sg.      Merab, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.   

8.30-10.30 pagi                    : Kursus Tarannum bermula.                                             
10.30   – 11.00                       : Rehat
11.00– 12.30 tgh                  : Bengkel
            12.30 tengahari                    :  Penyampaian saguhati penceramah
                                                           :  Makan tengahari

           1.20 tengahari                      : Solat zohor berjemaah
                                                          : Rehat

          2.30 – 5.00                            : Slot Qiraat oleh:-
  Ustaz Rosdi  bin Husain
                                                              SMK Pengkalan Permatang, 45000
                                                              Kuala Selangor, Selangor.

: Penyampaian cenderamata
                                                             : Bersurai



FOTO SEKITAR PROGRAM

Bersarapan sebelum berkursus


Ustazah Farah menyampaikan kursus Tarannum

Penjelasan Ustazah Farah yang jelas dan menarik






Pelajar memberi perhatian penuh


Penerangan tentang istilah tarannum
pelajar diberi peluang mengalunkan harakat tarannum
bersemangat ustazah Farah...
Penyampaian cenderamata selesai slot tarannum
Slot Qiraat bersama Ustaz Rosdi Husaian
Pelajar Bertalaqqi di depan guru yang muktabar
Ustaz Rosdi Mencari pelajar untuk membaca wajah qiraat
Penerangan yang jelas, menarik dan menyeronokkan
Sesi penyampaian cenderamata untuk penceramah selesai slot Qiraat





Ahad, 13 Mei 2012

Anugerah Permata Al Quran



Anugerah Tokoh Permata Al Quran SMK BTP kepada Ain Farhana Mohamad 
oleh YB Abdul Shukor Idrus.


ALHAMDULILLAH....


28 April 2012, bersamaan hari Sabtu, telah sempurna sesi penyampaian hadiah dan anugerah kepada Tokoh Permata al-Quran, SMK Bandar Tasik Puteri bagi tahun 2011.  Suasana majlis berlansung dengan lancar dengan kehadiran orang tersayang penerima anugerah iaitu Encik Muhamad berserta isterinya iaitu ibubapa Adik Ain Farhana Binti Muhamad iaitu pelajar Tingkatan 4S1. Majlis penyampaian anugerah Hari Anugerah Cemerlang SMKBTP tersebut telah disempurnakan oleh YB Abdul Shukor Idrus merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang. Tahniah! Dan syabas, dari Ustazah atas kejayaan cemerlang beliau.   

Diharapkan anugerah ini dapat menyuntik semangat dan mahabbah kepada pelajar untuk terus mendalami ilmu al-Quran.  Kepada semua pelajar KKQ teruskan usaha anda, pastikan anda cemerlang dalam pelajaran al-Quran dan akademik supaya anugerah ini menjadi milik anda...

Sama-sama kita tunggu, siapakah pelajar yang bakal dinobatkan sebagai TOKOH PERMATA AL QURAN 2012 ? Yang pastinya tahun 2012 akan menjadi milik pelajar Tingkatan 5 KKQ sekarang…







HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKBTP

Selasa, 24 April 2012


TOKOH PERMATA AL-QURAN 
SMKBTP 2011



Nama                                             :         Ain Farhana binti Muhamad
Tingkatan                                        :          4 Sains 1
Tarikh lahir                                      :          18.11.1996
Tempat lahir                                    :          Hospital Besar Alor Setar
Bilangan adik beradik                      :          4 orang (anak sulung)
Pendidikan                   :          SK Seksyen 6, Kota Damansara
                                              SK Bandar Tasik Puteri
                                              SMK Bandar Tasik Puteri (ting 1)
                                              SMK Cyberjaya (ting 2)
                                              SMK Bandar Tasik Puteri (ting 3 hingga sekarang)

Pencapaian                 :           UPSR (4A1B)
                                              PSRA (JAID JIDDAN)
                                              PMR 9A
                                              KKQ TING 3 (CEMERLANG/MUMTAZ)

Penglibatan Kokurilkulum      
Al-Quran)                          :         Mewakili sekolah ke MTQ Daerah Gombak (Majlis Tadarus)
                                                   Dari tahun 2011-2012
                                                   Pencapaian: Tempat ke-2 Zon Gombak Barat

Motto                               :          Berjihad Menyintai  Ilmu kerana Allah



Salinan Sijil Pelajar Cemerlang KKQ













Selasa, 3 April 2012

MTQ 2012


               PADA 22/3/2012, BERTEMPAT DI SMK BANDAR BARU SG BULOH TELAH DIADAKAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON GOMBAK BARAT.  PELAJAR KKQ SMKBTP TELAH MENYERTAI ACARA TILAWAH, HAFAZAN DAN SYARAHAN SPONTAN.  ALHAMDULILLAH..PESERTA TILAWAH AL-QURAN YANG JUGA PELAJAR KKQ TELAH  MEMENANGI ACARA TILAWAH LELAKI DAN PEREMPUAN.
                KATEGORI LELAKI DIWAKILI OLEH ABDUL AZIZ BIN BAKAR DARI KELAS 3KAA TELAH MENDAPAT TEMPAT KEDUA DAN KATEGORI PEREMPUAN DIWAKILI OLEH AIN FARHANA MUHAMAD DARI 4S1/KKQ TING 4 TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA.


Abdul Aziz menerima hadiah daripada ustaz Mazlan, Pegawai dari JPS
Ain Farhana menerima hadiah daripada ustaz Mazlan, Pegawai dari JPS


MTQ DAERAH GOMBAK 2012

           PADA 28/3/2012, BERTEMPAT DI SMK TAMAN MELAWATI TELAH BERLANGSUNG MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH GOMBAK.  PERTANDINGAN INI MEMPERTEMUKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA PADA PERINGKAT ZON GOMBAK TIMUR DAN BARAT. 

               SMKBTP  DIWAKILI OLEH ABDUL AZIZ DAN AIN FARHANA.  TAHNIAH KEPADA ABDUL AZIZ KERANA MENDAPAT TEMPAT KETIGA TILAWAH AL-QURAN LELAKI.  BAGI AIN FARHANA, SYABAS JUGA KEPADA ANDA KERANA BERJAYA SAMPAI KE PERINGKAT DAERAH.


 peserta tilawah menunggu giliran, ditemani ibu bapa yang memberi sokongan moral

 Penyampaian hadiah tilawah lelaki tempat ke-3. Jurufoto kurang profesional, gambar gelap...



Bersama anak didik peserta tilawah perempuan SMKBTP dan SBPI Rawang

Bergambar kenangan selesai majlis

Tak balik dengan tangan yang kosong,
lebih manis lagi aziz berjaya menewaskan peserta tempat pertama di peringkat zon.