Laman ini dibina sebagai satu usaha ke arah mengukuhkan kemahiran membaca Al Quran di kalangan para pelajar khususnya pelajar-pelajar SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor Darul Ehsan di samping menyediakan resepi santapan minda, motivasi diri serta bahan rujukan pembelajaran.
Sabtu, 31 Julai 2010
UJIAN SYAFAWI TINGKATAN TIGA
Hadiah Hari Guru Daipada Kelab KKQ
AKTIVITI BULAN MAC 2010
Sabtu, 3 Julai 2010
Ahad, 30 Mei 2010
SEBAB QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG MASA
SEBAB QUR'AN MUKJIZAT TERBESAR & SEPANJANG MASA
السلام عليكم
بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
لا إله إلاَّ الله.Ù…Øمد رسو Ù„ الله
الØمد لله رب العا لمين. الصلاة Ùˆ السلام على رسو Ù„ الله
اما بعد
Sebelum menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelar AL-AMIN, yang ertinya terpercaya, tiada pernah berdusta atau berbohong.
Rasulullah Muhammad SAW pun banyak mempunyai mukjizat nyata dengan izin ALLAH, iaitu:
Memahami bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
Anak yang meninggal bangkit hidup kembali...
Menyembuhkan orang buta
Menyembuhkan orang lumpuh
Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
Mengetahui isi hati
Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
Memberi minum beribu orang dengan sikit air
Mengeluarkan air ditengah padang gurun
Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki
Membelah bulan menjadi 2 bahagian
Dan ini telah dibuktikan oleh para astronomi yg menghabiskan dana ratusan juta dollar
Mengetahui apa yang telah terjadi
Mengetahui apa yang sedang terjadi
Mengetahui apa yang akan terjadi
Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan
Musuh bergetar tak mampu membunuh
Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau
Musuh tak dapat melihat beliau
Tidak dapat dibunuh musuh
Jumaat, 28 Mei 2010
Berhati-hati Dengan SOLAT Mu
“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?” “Tidak..” “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.” “….”
.“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?” “Tidak..” .
“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?” “Tidak..”
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.” “….” .“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?” “Ya.” .“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?” “Tidak..”
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.” “…” .“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?” “Tidak..” .
“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?” “Tidak..” .
“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.
Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman: ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5) “Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
Rabu, 26 Mei 2010
Kelas Kemahiran Al Quran
Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.
JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.
Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
1. Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.
3. Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.
4. Mengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie.
KANDUNGAN KURIKULUM
1. Tajwid
2. Hafazan
3. Ulum Al-Quran
4. Qiraat Sabie
5. Tarannum
2. Hafazan
3. Qiraat Sabie
4. Tarannum
2. Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.
2. Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajarn lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.
3. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.
4. Membimbing murid-murid membaca AL-Quran
5. Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.
6. Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.
7. Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.
8. Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Isnin, 24 Mei 2010
Petua Pelajar Cemerlang
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
Kita ingat 10 % apayang dibaca
Kita ingat 20% apa yang didengar
Kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
Kita ingat 90% setelah dipraktikkan - Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
- Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang
Kurangkan gangguan bunyi
Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
Kerusi dan meja menghadap kiblat
Jangan lupa untuk senyum - Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
Memasukkan maklumat dalam memori (registration)
Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
Mengingat kembali (recall)
Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) - Sentiasa awal dan mendahului:
Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang Positif pada guru.
Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
Belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. - Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
Duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
Memberikan tumpuan sepanuhnya
Menggunakan jari telunjuk untuk membaca
Menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan - Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
Cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
Siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
Duduk tegak dikerusi yang selesa
Baca doa penerang hati
Baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
Fikir dan ingat kembali isi utama
Catat/lakar
Semak semula ketepatan maklumat
Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
Buat rumusan
Jawab soalan
Tampal maklumat yang rumit di dinding
Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar - Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
Jangan makan kepala ikan
Jangan makan organ dalaman
Jangan minum semasa makan
Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
Jangan melihat kemaluan
Jangan melihat buih
Jangan membaca nama pada batu nisan
Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
Banyakkan makan kekacang
Pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
Jangan makan sehingga terlalu kenyang
Jangan kencing berdiri - Tahu kemahiran mengingat:
Tampal nota-nota penting di dinding
Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
Gunakan kaedah akronim
Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil - Cekap mengatur jadual belajar:
Mempunyai jadual belajar
Patuh kepada jadual
Buat jadual yang boleh diikuti - Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
Taat kepada Allah
Mendirikan sembahyang
Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
Hormati & sayangi guru
Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
Suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
Membantu rakan yang memerlukan
Berdoa dan bersyukur kepada Allah
Sentiasa bertawakal
Mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
Khamis, 20 Mei 2010
Etika Membaca Al Quran
1. Bersikap ikhlas dalam membaca al-Quran dan mengadakan munajat (mendekatkan diri dengan cara berdoa) kepada Allah.
2.Membersihkan mulutnya atau menggosok gigi dengan kayu siwak atau yang sejenis dengannya.
3.Ketika membaca, hendaklah berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar. Dibolehkan seseorang membaca al-Quran walaupun berada dalam keadaan berhadas kecil adalah disertai dengan syarat untuk berhati-hati agar tidak menyentuh mushaf . Dibolehkan bagi wanita yang sedang istihadhah pada ketika tertentu dengan ingatan bahawa dia sedang dalam keadaan bersih bersuci.
4. Diharamkan bagi sesiapa yang sedang dalam keadaan berjunub dan bagi wanita yang sedang mengalami haid untuk membaca al-Quran baik seluruhnya atau sebahagian ayatnya kecuali jika bahagian dari ayat tersebut merupakan zikir-zikir yang ditentukan di waktu pagi atau petang atau zikir-zikir mutlak yang mengandungi sebahagian ayat al-Quran. Akan tetapi, dibenarkan mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka itu untuk membaca al-Quran di dalam hati sahaja, tanpa diucapkan secara lisan dan juga dibenarkan bagi mereka untuk memandang mushaf tanpa menyentuhnya secara langsung.
5. Apabila seseorang yang sedang berjunub atau wanita yang sedang di dalam haid hendak bersuci akan tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah mereka bertayamum dan dibolehkan baginya untuk melaksanakan solat, membaca al-Quran dan ibadat yang lainnya selagi belum berhadas atau menemui air.
6. Disarankan supaya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan disarankan membacanya di masjid. Ini kerana masjid merupakan tempat yang bersih dan mulia kedudukannya sebagai tempat ibadat. Ini adalah disebabkan kemungkinan dengan duduk di dalamnya, dia dapat melakukan iktikaf selanjutnya. Sudah semestinya hanya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.
7. Bagi para pembaca al-Quran disarankan ketika membacanya hendaklah mengadap kiblat, duduk dengan khusyuk tenang dan merendahkan kedudukan kepala. Akan tetapi dibolehkan juga membacanya sambil meniarap atau berbaring atau berada dalam kedudukan lain dan masih mendapat pahala. Namun begitu, pahala itu tidaklah sama dengan kedudukan yang pertama tadi.
8. Jika hendak memuliakan lagi, maka ketika membaca al-Quran disarankan agar dimulakan dengan beristiadza terlebih dahulu Ini merupakan pendapat majoriti para alim ulama. Sewajarnya juga membaca bismillah pada setiap bacaan pertama dari setiap surah kecuali surah at-Taubah.
9.Apabila hendak mula membaca al-Quran maka hendaklah terlebih dahulu menumpukan keinginannya untuk khusyuk dalam membaca dan untuk merenungkan kandungannya dan makna di dalamnya.
10. Sewajarnya seseorang yang hendak membaca al-Quran dapat merasakan perasaan takut kepada Allah sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti “Sesungguhnya manusia yang paling baik suaranya ketika membaca al-Quran, adalah jika kamu mendengarnya membaca, kamu menyangka bahawa dia takut kepada Allah.” (Ibn Majah,hadith ke 1339,juz 1, hal 425; dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1101, juz 1, hal 2254). Caranya adalah dengan memperhatikan kandungan al-Quran, baik amarannya, perjanjian dan persetujuannya. Jika kesedihan dan tangisan belum dapat dirasakan, maka tangisilah ke atas kekerasan hatinya kerana perkara itu merupakan bencana yang paling besar.
11. Orang yang hendak membaca al-Quran itu hendaklah melafazkan bacaannya dengan tartil (perlahan-lahan). Ini kerana para ulama telah bersepakat atas saranan untuk membaca dengan tartil berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala yang berikut ini yang bermaksud:“Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (tartil)”(Surah al-Muzammil:4)Bacaan yang dilakukan dengan tartil itu sangat mengagumkan (sedap didengar) dan pengaruhnya pada hati lebih mendalam daripada membacanya secara cepat atau terburu-terburu.
12. Disarankan juga ketika membaca, apabila mendapati ayat yang mengandungi ungkapan rahmat maka hendaklah meminta kurnia. Jika mendapati ayat yang mengandungi akan seksanya, maka dia hendaklah meminta perlindungan daripada keburukan di dunia dan seksa akhirat. Apabila mendapat bacaan ayat yang mensucikan Allah Subhanahuwataala maka hendaklah dia mensucikanNya dengan berkata Maha Suci Allah atau betapa besar keagungannya atau lafaz lain yang semakna dengannya.
13. Hendaklah dia memuliakan dan membesarkan (kedudukan) al-Quran dengan tidak bermain-main ketika membacanya baik dengan tertawa, membuat pergaduhan, bertengkar atau bersenda gurau. Hal ini berdasarkan pada firman Allah Subhanahuwataala berikut ini yang bermaksud:”Dan apabila dibacakan (kepadamu) al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kami mendapat rahmat.’(surah al-A’raf:204)
14. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain menggunakan bahasa al-Quran, baik bahasa yang digunakan itu baik atau tidak baik pada ketika menunaikan solat atau di luar solat.
15. Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan. Apabila seseorang membaca al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir, maka hendaknya dia menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak berpindah kepada ayat yang lain.
16.Hendaklah membaca menurut susunan mushaf, baik di dalam solat ataupun di luar solat. Ini kerana ketertibannya itu mendatangkan hikmah yang besar.
17. Membaca al-Quran secara langsung dari mushafnya adalah lebih baik daripada membaca dengan hafalan tanpa mushaf kecuali ketika menunaikan solat. Ini adalah kerana, melihat mushaf al-Quran itu sendiri merupakan ibadat yang disyaratkan. Oleh sebab itu, adalah sebaiknya seseorang yang membaca al-Quran menyatukan antara membaca dan melihat mushafnya secara bersama-sama kecuali jika membaca dengan hafalan membuatkan dirinya lebih khusyuk.
18. Disarankan untuk membuat halaqah (secara berkumpulan) dalam membaca dari tadarus al-Quran. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti:”Berkumpulnya suatu kami di dalam rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling bertadarus (belajar) antara mereka dengan ketenangan akan turun atas mereka, dinaungi rahmatNya, para malaikat mengelilingi (menghormati) mereka dan Allah menyebutkan mereka sebagai orang-orang yang berkedudukan mulia di sisiNya”.(Abu Dawud, hadith ke 1455, juz 2, hal 1148; Imam Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Sunan Abu Dawud, hadith ke 1291, juz 1 hal 272.)
19. Disarankan untuk menguatkan suara (dengan jelas) ketika membaca al-Quran; jika dia tidak takut mengganggu orang lain ataupun merasa riak.Ini kerana membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara yang jelas dapat membangkitkan semangat dalam hati, menyatukan keinginan dan menukarkan pendengaran menjadi renungan pada bacaannya.
20.Sebagaimana ditegaskan dalam sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berikut ini yang bererti:”Allah Subhanahuwataala tidak memperkenankan melalui lisan Nabi-Nabinya, suara yang sedap ketika membaca al-Quran, jika perkara itu akan dapat mengacaubilaukan makna yang terkandung dalamnya ( bagi yang mendengarkan).”(Imam Bukhari dan ditaklik dalam kitab Fathul Bari, juz 13, hal 572, Abu Dawud, hadith ke 1486, juzuk 2 hal 155; Imam Nasai, hadith ke 1342. Imam al-Albani mensahihkannya dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1103 dan kitab Sahih al-Jami’ hadith ke 3580.
21. Disarankan agar meminta untuk membaca dengan indah, bagi yang sedap suaranya untuk didengar. Hal ini merupakan sunnah Nabi Sallallahu’alahiwasallam sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas radhiyallahu’anhu ” Ibn Mas’ud radhiyallahu’anhu berkata, bahawa Nabi Sallallahu’alaihiwasallam berkata kepadaku: Bacalah untukku al-Quran ini. Aku menjawab: Bagaimana aku akan membacakan untukmu tentang sesuatu (al-Quran) yang diturunkan kepadamu? Maka beliau berkata: Sungguh aku amat ingin mendengarnya dari selain daripada diriku. Lalu aku (ibn Mas’ud) membaca Surah an-Nisa’ ayat 41 hingga pada ayat yang berbunyi: Maka bagaimanakah halnya orang kafir nanti, apabila Kami mendatangkan seseorang sebagai saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Kemudian beliau berkata kepadaku: Berhenti atau sebentar! Seketika aku menyaksikan dari kedua mata beliau bercucuran air mata.” (Imam Bukhari hadith ke 5055 sebagaimana disebutkan dalam kitab Fathul Bari, juz 8, hal 717; Imam Muslim, hadith ke 800, juz 1, hal 551)
22. Kebanyakan alim ulama menyarankan agar segala majlis ilmu (majlis ta’lim) dimulai pembukaannya dengan bacaan al-Quran, yang dibawakan oleh seorang pembaca yang bersuara merdu.
23. Adalah makruh untuk membacanya (al-Quran) pada tempat dan kedudukan-kedudukan tertentu seperti pada masa rukuk dan sujud ketika membaca tahiyat dan yang lainnya dari gerakan-gerakan solat kecuali ketika berdiri. Makruh juga membaca lebih dari surah al-Fatihah bagi makmum atau jika ia membacanya pada ketika mendengar Imam membacanya . Makruh juga membacanya ketika mengantuk dan mengikut membacanya pada ketika mendengar khutbah.
24. Tidak disarankan bagi para pembaca untuk memulai dan mengakhiri bacaan al-Quran menurut tanda-tanda ¼, 1/10 dan tanda zuj jika maknanya (ketika berhenti) belum sempurna atau jika ia terikat dengan bacaan berikutnya.
25. Tidak disarankan untuk membaca surah tertentu pada kesempatan-kesempatan (peristiwa) tertentu tanpa adanya dalil yang sahih.
26. Jika ia mendengar seseorang mengucapkan salam, sedangkan ia sedang membaca al-Quran, maka seharusnya ia berhenti sejenak dari bacaannya kemudia menjawab salamnya. Seandainya ada orang lain yang bersin dan ia sedang membaca al-Quran bukan ketika mengerjakan solat, kemudia orang yang bersin tadi mengucapkan kata Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), maka disarankan bagi yang membaca al-Quran berhenti sejenak dan mendoakannya dengan membaca rahimakallah (semoga Allah menyayangimu). Seandainya pembaca al-Quran mendengarkan suara azan, maka sewajarnya dia menghentikan bacaannya dan menjawab panggilan muadzin.
27. Apabila sedang membaca dan mendapat ayat sajdah tilawah maka hendaknya pada ketika itu ia melakukan sujud tilawah.Dipetik daripada buku ”Kekasih Allah yang sejati” hasil terjemahan tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dengan penambahan dan pengurangan.
Selasa, 18 Mei 2010
Renungkanlah...
Isu 100 Hari Sebelum Hari Mati...
Malu Separuh Iman
MALU SEPARUH IMAN
MALU ITU SEPARUH IMAN.... Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.
Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.
Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa. Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Al Quran Sebagai Pembela Di Akhirat
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Isnin, 17 Mei 2010
Menurut Imam al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah seperti berikut:
1. GEMAR MAKAN DAN MINUM
Maksud hadis: “yang terlebih afdhal kepada Allah ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti). Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”. Orang yang selalu kekenyangan akibat banyak makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan istirehat.
2. BANYAK BERKATA YANG SIA-SIA
Ia adalah bencana lisan seperti mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar. Firman Allah: (Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh manusia memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia. Surah al-Nisa’:114). Sabda Nabi Muhammad saw: sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja”
3. MARAH
Punca marah: kurang sabar. Didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. Rasulullah selalu sarankan orang yang pemarah berwuduk supaya reda kemarahannya. Walau bagaimanapun, ada keadaan tertentu kita perlu marah cth: perkara maksiat dalam masyarakat.
4. HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Lahir daripada sifat kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu megharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Sabda Rasulullah saw: “Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu”. Cara elak sifat ini ialah dengan banyak sifat tawaduk (rendah diri), ucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat untuk semua saudara Islam. Mudah-mudahan kita juga mendapat nikmat yang serupa kelak.
Kemewahan yang membawa sifat bakhil, tamak, haloba dan membazir yang dibenci Allah. Firman Allah: (Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi. Al-Munafiqun: 9). Islam suka umatnya berharta tetapi jangan sayang harta untuk dilaburkan pada jalan Allah. Contohi sikap Saidina Abu Bakar. Apabila bersedekah jangan pula hendak menunjuk-nunjuk.
Sifat menyombong diri selalunya dipengaruhi oleh nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat. Cara hindari, amalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan memperbanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal. Awasi percakapan kita agar tidak timbul sifat bangga diri walaupun pada hakikat kita tidak mahu menunjukkan sifat meninggi diri. Cth: menceritakan baju yang dipakai harga beratus ringgit di depan orang ramai walaupun hanya suka-suka bercakap.
Sifat untuk menarik perhatian /pandangan orang dengan menampakkan amalan baik bertujuan semata-mata iginkan pangkat, pujian, atau kedudukan. Sifat riak yang nyata: menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riak yang tersembunyi ialah berat hati untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan rajin apabila ada orang lain. Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang. Perkara yang boleh membawa riak antaranya: mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan perlakuan.
Berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Sifat ini boleh dihindari dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini. Sentiasa menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat tercela ini.
Hati yang terpaut kepada kehidupan an kesenangan duniawi akan menyebabkan sesorang itu takutkan mati. Hakikat dunia ini digambarkan oleh Allah swt: (Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak : surah al-Hadid:20). Sedarlah dunia ini tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat. Segala yang ada di muka bumi sebagai perhiasan, percubaan dan ujian kepada manusia untuk menilai baik atau buruk amalan seseorang.